Pages

Saturday, February 04, 2012

Warna tema..untuk Hari Raya!

Giler kentang bulan Februari dah cakap pasal warna tema untuk Hari Raya Puasa :)Puasa pun belum mula ganti..haha

Sebenarnya esok (kira hari ni lah) sempena Maulidur Rasul, ubi akan join perarakan Maulidur Rasul peringkat nasional kat Putrajaya dengan kementerian2, agensi2 kerajaan dan lain2 syarikat swasta. Ini kali ke-2 dia terpilih menyertai perarakan. Macam tahun lepas, warna tema untuk baju Hari Raya kitorg bersangkut paut dengan warna baju melayu yang ubi pakai sempena perarakan ni..Baju melayu ni company sponsor free siap dengan songkok dan sampin. So, setakat pakai sekali..lepas cuci, simpan dan boleh pakai time raya! Nak beli lagi sepasang sempena raya semata2 pun membazir juga...pakai sekali dua saja dan baju melayu bukannya murah!

So officially kami sekeluarga dah ada warna tema untuk raya 2012...warna apa...kena tunggu rayalah kan...announce awal2 tak syok pula! Alhamdulillah warna baju tak sama dengan warna2 yang kami dah pakai sejak kami bernikah 2009..dan kami yakinlah sangat..senang nak cari Zafri punya baju melayu tahun ni **pergi balik kat tempat company ubi tempah baju2 ni..boleh dapat the exact color dan material :) ** which is Wisma Yakin..tahun lepas mcm tu lah..alhamdulillah jumpa sebijik!!

Tahun ni saya ada geng..akan pakai sepasang kut dengan Hasya...kalau sempat nak tempah...seronoknya! Alhamdulillah...

p/s: Masuk 3 tahun kami bernikah...Insya Allah raya 2012 ni kali ke-4 saya beraya bersama ubi..dan first time kami bertiga akan beraya dengan Hasya! Syukur Alhamdulillah

1 comment:

  1. tahun ni sayer tak berarak pun, coz dah sarat....anyway happy to hear dat u dah plan utk coming hari raya

    ReplyDelete