Cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam lepas, Ubi ajak saya ke sini, Bukit Gambang Resort City (BGRC). Tujuannya nak bawa Zafri main2 air. Saya tak pernah suka theme park..tapi sebab Ubi ajak, saya setuju! Lagipun dah lama terperap kat rumah sebab berpantang kan. Perjalanan kami ke sini seawal 7.00pagi sebab public holiday..tak nak berebut dengan orang2 sekitar Pahang dan Terengganu dan tak nak Q panjang2 untuk tiket.
Dari rumah ke BGRC lebih kurang 220km melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur, mengambil masa lebih kurang 2jam 30 min sebab kami berhenti sebentar di R&R Temerloh untuk minum pagi! Saya bawa "mak tuk" mereka sekali sebab kalau pergi berdua dengan Ubi..siapa pula nak jaga Hasya atau ambilkan gambar... :) Ada banyak gambar yang saya dah compress so cepat sikit nak upload kat blog ni.

Exit 830 dari Lebuhraya Pantai Timur - Persimpangan Gambang akan melalui pekan kecil Gambang ini.

Sepanjang jalan, akan ada papan tanda untuk membawa kita ke destinasi yang dituju.

Pintu masuk yang masih belum siap dek construction yang rancak di kawasan sekitar

Pintu Gerbang/Masuk Taman Tema...tapi kena parking dulu...hihihi

Beratur panjang untuk parking. Masih OK lagi kut sebab kawasan tanah lapang yang jauh2 tu masih kosong. Alhamdulillah..dapat parking yang berdekatan dengan lift!
Tadaaa...signage BG Waterpark. Park ni tutup setiap Selasa (kecuali cuti sekolah dan cuti umum) Untuk Operation Hours, please click
here

Harga Tiket dewasa - RM 21.90 per person. Kanak2 above 90cm kena bayar RM 14.90
Contoh tiket masuk / wristband. Taman Tema ni tak menggunakan cash. Semua barang be it makanan,minuman,sewa tube, cabana etc semua guna e-value. So kat sini lah value nya. Nak beli apa2 kena scan wristband ni dan value akan ditolak mengikut harga yang ditetapkan.

Cute...Zafri baru 83cm..so FREE... We Like!! Tapi mama, papa n mak tuk kena bayar..Hasya pun Free...alaa tomei tomei...
Entrance melalui gift shop..bijak lah juga sebab mesti orang singgah membeli! Kalau tak semua lupa kut nak masuk sebab duk pikir nak main... :)
Diorang siap letak peringatan. "Cashless park" means your RM memang tak laku langsung dalam park ni...hahah..RM tu kena tukar dgn top up kat gelang tangan..baru ada nilai!Anyhow, this signage is very good to educate org2 yang first time datang..
Map taman tema...tapi mama terperuk je dekat tempat makan so called Penguin Express. Kata tak minat..lagipun mak tak bagi lasak2 sangat..jahitan masih baru..belum dua bulan..huhuh ;p Papa main sorang2...jadilah!
Signage..tak kan sesat, Insya Allah. Ubi naik juga kat Tree Top Hillside tu cuma tak buat family water raft..mana nak water raft nya...babies kecil2!Most of the time kat Penguin Island lepak kat Penguin Express.

Contoh cabana yang fully booked and sold out :( pfftsss..ada orang yang tiba lagi awal dan booked semua cabana..sian baby kecilku!

Coco Beach yang belakangnya ada construction..antara tarikan kat sana. The biggest wave pool in Malaysia.Entahlah...ramai sangat orang! Zafri pun tak nak main sini...
Ikan Piranha ni dekat Penguin Island..jahat..muntah air atas orang ;p Zafri ku sampai takut tgk ikan ni.. dasar Piranha! Err..ni rasanya tarikan untuk kanak2 kut tapi org yang tak berapa kanak2 terlebih excited...saya gelak2 je kat tepi tengok diorg jerit2!hahahaha
10things to do at BGRC...saya tak ikut pun...hahahah
Ramai kan orang...ni pun untuk kanak2 tapi sebab macam tiada had umurkan kanak2 tu..so setiap kanak2 kena ada pengawasan orang dewasa...jadinya, penuhlah pool ni dgn org2 dewasa..hurmmm...
haaa..tempat lepak yang strategik! Senang nak beli makan, redup, dan FREE! Serious cakap ni..kalau korang sampai sini, duduk je kat Penguin Express ni. Dekat je dengan Coco Beach and pool kanak2 dan Piranha tu. Saya cakap dengan ubi..nasib baik cabana tu sold out..kalau tak, membazir je bayar RM 35..ada lagi satu RM45(BGRC required deposit of RM 10 for Cabana ni..saya lupa pula nak ambil photo harga cabana tu) walhal lepak kat Penguin Express ni cukup OK..Free. Redup dan sejuk juga sebab banyak kipas...Hasya tidur lenaaa dengan senang hati!
Dah Compress gambar..tak nampak sgt menu nya! Bijak..bijak.. ;p ada macam2 menu..Western macam burger, burger ayam n ikan, fish nugget2 n fries etc. Local delicacies tu mcm nasi minyak, nasi lemak. Price range from RM7.80 to RM 8.80 campur air..dekat RM10.00 juga per meal!
Ada gerai2 yang menjual nasi kukus dan ayam goreng. Dekat RM10 juga per meal. Bubur nasi dan Nasi Beriyani, Cendol pun ada. Semua kena deduct dari wristband tuh. Kalau habis value, ada top up counter dekat Penguin Express ni! Bagus punya strategi..memang ramai yg top up!
Surau disediakan dan sayup2 paddle boat tu coming soon!
Bubur ayam Zafri..mama makan lebih!
Nasi minyak yang berminyak...haaa tengok aje minyak kuah ayam tuh.!Milo RM 1.00..sangat lah manis!
Ada banyak gambar lagi. Nanti ada masa saya upload lagi dan kemas kinikan entry! Sengaja tak letak personal photo of Zafri and Ubi kat entry ni so it can be used as referrence and information untuk orang yang teringin nak pergi BGRC ni.
Tak boleh nak rate dan bagi bintang sebab saya memang tak minat waterpark. Tapi yang Ubi try semuanya dia kata best!Cuma rasanya, kalau boleh..elakkan pergi sini masa cuti umum.
Kami bermalam di Carribean Bay Suites. Saya dan Ubi rented Studio Suite 2D1N sekali dengan breakfast. Harganya RM 200 tapi sebab public holiday kan..ada surcharge RM30.
Nanti saya entry lagi with more photos :)
daaaaa
Hehe..sama la, masa gi situ dulu duduk kat Penguin exp tu jugak..aku duduk jaga auni, haris n adik lelaki aku yg melayan abg n kak wa. Memang selalunya org g theme park ni sebab nk bawak anak2 jer..klu nk gi mandi manda suka2 tk koser mak.
ReplyDeleteBtw, tk puas la tgk gambar..kecik sgt..huhuhu
Lia..ko je tukang comment setia ku...hahah thank u! :) gambar kecik sbb setting aku pun medium..dah compress gambar pula tu...kalau tak..mau bertahun nak load dgn berukband ni! Ubi ajak juga..aku malas..dah lah panasss terik..tak koser nak basah2...
ReplyDelete