Pages

Thursday, April 28, 2016

Sahabat..

Menuju redha Allah memang bukan perkara mudah..

Lumrah..kadang2 bila kita rasa mula stabil..sudah ada isthikhomah..dtg ujian lagi dan lagi..terus di uji lagi..

Rasa tergelincir..ada tersungkur..

Nabi pesan..
Jangan kata kita beriman sehingga kita diuji..hatta org warak tak terlepas ujian..

Saya faham sahabat..kadang kita rasa berputus asa..

Cuma kumpullah semangat..Ingatlah.. Allah itu dekat..

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah186)

Dan my dear sahabat..Allah larang berputus asa dari rahmatNya..

'Kami menyampaikan berita gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa.' Ibrahim berkata, 'Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-Nya, kecuali orang-orang yang sesat'." (Al-Hijr: 55-56).

Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).

Hang in there dear sahabat..

Minta dengan Allah..Allah dekat!

Permudahkan ya Rabb. Allahumma Ameen..

P/s: Du'a can pave the hardest and most impossible path in life..

Because to Allah.. Anything is possible

#inAllahwetrust

Monday, April 25, 2016

Korea..

Setahun sudah berlalu..kan betul tak mungkin dapat share segala photo mcm org lain share kat travelog :p bila depa pi travel...

Seminggu jadi sebulan dua bulan dan sampai 12bulan..aritu buat sikit throwback kat sini.

Hahaha...anyway..meraikan setahun mama and Muaz pi seoul,jeju dan nami..jom buat entry...

Pengalaman mama bawa Muaz travelling without papa memang tak mudah especially dgn hakikat kami naik turun Subway..sesetengah station tu memang tak jumpa elevator atau lif..bila kita muda naik lif org2 tua Korea mengumpat sesama depa..so bila ada Muaz mrk fhm kut.Lepas tu lift depa nak tutup and naik sangaaaat slow mengambil kita slownya warga tua bergerak..gittewwww...but with the help of the team..semua station kami redah..semua tangga kami daki..Alhamdulillah.. 

Mama tempek gambar pakwe ni setahun dulu..
Mama and Muaz kat Namsan Tower..
Berlatarbelakangkan beribu-ribu lemon padlocks org2 bercinta..

kalau mai sini terlupa bawa padlock..ada je org yg jual kat situ..sbb kat sini setahun lalu smua kena x3 bila nak membayar..so mama tak beli pun padlock tu..padahal rate padlock tu mcm rate kita RM10 je..standard! Kali 3..mcm hilang akal kalau beli juga semata2 nak kunci cinta disini.. :p

Yer..sesejuk2 Namsan 10°c mlm tu..ada org lenaaa tiduq berjam2..tanpa gigil..Mama terpaksa buka sweater nak bg dia hangat..mama yg ketaq segala..

Yang ni pula masa jalan2 kat Myeong-dong..

Tempat ni salah satu Korea's premier shopping place...busy amat..bersepah2 pejalan kaki..masa baca page korea tourism tu, di anggarkan sejuta pejalan kaki jalan2 kat street ni sehari2..youngsters Korea yg intrend ramai kat sini..mcm2 fesyen ada..not to forget street food dan brg2 kecantikan mcm mask dan krim aloevera :) terlalu bnyk competition..kalau jln betul2 tak terus beli mask masa first time nampak boleh jumpa krim aloevera  yg slightly cheaper dr kedai2 yg dekat dgn tren station..

Ni pula location pengambaran non other than the famoussss Winter Sonata..yer Nami Island! 

Area ni penuh poster2 Eujin n Joonsang cuma nak ambil gambar di setiap satu location ramai org..tak pernah sunyi..nyampah nak tunggu :p

Pakwe mama dlm gambar tu is boring sbb mama kepoh click2..tak sudah! Pun sbb nami panas hari kami tiba tu..Muaz cranky..Padahal Seoul dingin masa keluar..naik subway  dan ITX followed by bus, perjalanan kami ke Nami dlm 2 jam perjalanan dr Seoul..

Hahaha gambar ni sebab dia tension mama lamaaaa sangat nak click..abih minah2 belakang tu lepas sorang2 pelbagai post mulut ok..so utk elak kemarahan...snap aje..pastu gerak ke tempat lain..ni sekitar Cheonjiyeon Waterfall...

Jeju cantik sebenarnya..cuma bila kami sampai hujan sekejap2...jenis sekali turun lebat beberapa minit pastu hilang..

Sib baik ada insta..cilok2 la gambar yg dah saved kat sana letak sini...hahaha semua gambar korea rosak dek botol susu!

Nanti ada masa sambung lagi...

Friday, April 22, 2016

First Day Acha at Kindergarten

Empat bulan dah sejak Acha sekolah...mama tetap tak berpeluang nak update..berkali2 edit dua perkataan pertama tu..asalnya perkataan semalam..pastu minggu..pastu sebulan jadi dua kemudian tiga masuk empat bulaaaaan..so sebelum jadi 5..mama better update...kesian betul.. *nangis*
-----------------------------------------
Throwback....
Alhamdulillah....Acha bgn bersemangat hari pertama...tak nangis dan beri kerjasama sepenuhnyaa...

Pokpek pok pek excited..mama layannnnkan aje...asal mandi,gosok gigi,bersiap dan mahu makan..tanpa nangis mama dah happy dah..

Mama cuti dua hari tu nak monitor arrangements that have been made...especially dlm berat, mama n papa terpaksa juga rely on transport this time to arrange pick up and drop off from kindy to daycare..bak kata kawan2 mama..juga jiran2..kebanyakkan mereka sudah melaluinya..you are not alone..huhuhu
Papa pun ckp gitu..😂

Yang paling sukar menerima hakikat kakak bersekolah ialah....Muaz! Ingat lagi first day kakak sekolah..dia dgn gigit puting botol tak mandi tu ikut turun kereta nak ikut masuk tadika..Siap salam teacher n babai mama..ehhh! Bila mama ckp skolah dia kat tmpt lain..melalak!! Lps anta kakakabg mama blanja dia breakfast dulu sblm anta dia kat playskool dia tu..memula ok..the moment mama ckp bai je meraungggggg...kesiannn!

Mama tunggu kat 50min pandang skool tu..dr mula teriak lps tu diam dan menyendiri..nmpk dia tak mahu di ganggu..50min tu! Lps tu mama dah tak boleh nak tgk dia sbb nak ke sekolah dan spy transport pick up pula..

Muaz ada progress book kanak2. Setiap hari teacher akan rekod mood dia, observation ttg minat utk aktiviti yg dilakukan..so mama boleh la imagine sambil gelak2 bila baca lps balik kerja..teringat 2 minggu awal tu teacher tulis.."muaz tidak menunjukkan minat..muaz lebih selesa menyendiri..muaz tidak mahu berkomunikasi....

memang parahhh! 

Minggu2 berikutnya baru ada progress..awal2 tu mula bergaul tapi tiada komunikasi suara..Muaz makan sedikit dan tidak berapa suka makanan yg diberikan..Muaz hanya mengocakkan air dgn tangan dan kaki bila ada aktiviti pool..

Sekarang??Muaz ketawa riang...muaz sangat menunjukkan minat..muaz rajin memberus gigi..muaz suka menulis..bla bla bla...antara aktiviti ialah belajar nombor basic,iqra,menyanyi,riadah,lukisan,kolaj dan colouring..

Happy mama sbb Allah gerakkan hati nak masuk area ni lps balik dr Penang December lepas..*almaklum..ni masuk 5thn duk KJ tu namun rumah ke opis jelah yg kami ulang alik selain pi aeon or tesco*

Dalam tak nak..terpaksa juga berhenti antar mereka ke umah kakak...dan kakak juga sukarlah sgt menerima ketiadaan muaz...manjang rindunya!huhuh..

Dah few times juga pinjamkan si kecil tu overnite..kesian punya hal..org gaji kakak pun sama terkesan sbb dia syg banget acha..dia minta sekolahkan mereka kat sana..dia boleh jemput hantar dan jaga..huhuhuhu..masalah tetap masalah klu mrk duk sana sbb papa sll travel..mama pula bkn kerja dlm opis je..

Gambar 4 bln lps..ada pipi dia..
La ni runcing dagu..
Mcm abg jugek dulu..

Pressure sgt kut tadika la ni huh?

Friday, March 04, 2016

Botak dan rambut

Rajuk renyuk semalammm..
Alahhh biasa tu...
Balik kerja...
Saja ajak diorg mkn luar mlm td..
Mama muka cebik2 kat org tu..
Tapi tanya smua dgn excited..
tujunya pada anak2..

Siapa nak ikut mama??
Smua angkat tgn..budak2 sayaaaa sayaaaa
Org tu pun angkt tgn...
Sayaaa sayaaaa
Sibuk je...😞😞

Ignored je dia..sambil tu dia duk senyum kambing..tak habis..eeeeeeee!!
Usai maghrib saja bisik dlm bilik tgh siap2 pakai tudung tu..

"Yg ada rambut je boleh ikut
Yg botak tak boleh...."

Muaz ada pulak dlm bilik tu blakang mama..dia terdengar la pula omelan mama tu..

Apalagi..membakorrr lah kerjaaaa.
dia lari keluar..
teriak smula..kuat..

Mama kata siapa yg ada rambut je boleh ikut..yg botak tak boleh..mama dah capai kunci..masa muaz jerit..

Cecepat bebudak melilau tgk kepala msg2..
Digesting fakta agaknya..ehh smua ada rambut..kecualiiiii..

Acha teriakkkk..papa papaa...
Papa botak papa tak de rambut..

Muaz bakor lagi..botak tak boleh ikut 😛

Papa cecepat tarik rambut Acha nak lekat kat kepala dia..
"Pinjam rambut...cepat pinjamkan saya rambut 😂😂
Menjerit acha..tak bolehhhh...

Bahahahahaha...

Wednesday, March 02, 2016

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

Untuk sama2 muhasabah...lets aim for HUBBAN LIMAANAN

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, 
memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. 

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :
 
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Sahabat sekelian, Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Semoga persahabatan kita berhijrah dari nombor apa sekali pun ke No 7. إنشاءالله.

Allahumma amin...

Blog oh blog

Baru je bercita2 nak private kan blog so that hilang satu tempat utk merapu..Ada pula org request jgn privatekan...

Hahahah..I finally found stalker tegar blog hidup segan mati tak mahu ni..tanpa segan silu stalker tanya kenapa privatekan...*jangan marah naaa cheq* wink!wink! Sebab 007 dah tanya..bukalah balik semula..fuhh siap update kejap..semangat bila tahu ada stalker ehh reader! :p
 
banyak giler cerita kat draft...tu pi Korea tu next month setahun dah..Hahahahhaahha....tak juga transfer2 gambarnyaaa..takde masa sangat nak duduk blog bebetul..ada je yg menghurung...tu belum lagi dgr Aie tazkirah mama...Allahuakbar...terkedu bukan main sinis ayat dia bila membakor adik...
 
contoh:
"Tengok mama tu...kalau pandang telefon je senyum2...kalau dengan kita je garang.....mama asyik tengok telefon...adik2 pula bab2 bantu membakor sama...memanjang la haah haah haah....
paaaannnggggggggg rasa kan! :( :( sedih nau rasa sehari tu...

Anyway..saya dah ada jiran baru...yeay...Sebelum ni B je yg ckp dgn mamat sebelah tu sejak 4thn kami duk situ...tapi baru2 ni dah jumpa suri dia...merah2 inai di jari...Bestnyaaaaa pengantin baru...

Hehehe jadi wajiblah mama bertegur sapa dan awal2 dah minta maaf kat dia kalau budak2 bising dan kena tahan lah bila mama dia menaga...sebenarnya awal2 nak cover malu sendiri..bila berjiran ni bior dia tahu what to expect from us...baru lah takde kecewa...Mihmihmih...
Sighhhh nama dia anis jugekkkk...

Orang utara...cheq la ni otomatik speaking utaghaaaa bila cheq nampak dia..bak ang...satu petang dia duk siram pandan..cheq tanya mai mana pandan tu...uii jauh ni kak nun perghlihhh...

Gittewwww...

Oh ye...on a separate note..tgh sibuk2 register abg aie nak darjah satu next year..ahhhh cpt sungguh laaa masa berlalu...

Tetiba tadi B update tahun ni kena ada surat pengesahan jawatan...ada kakak pula cakap register anak dia form 1 kena bawa slip gaji...

Yerker???

Alahaiii register skolah pun mcm nak pinjam loan dari bank pulak la ni yer...