Tadi ambil jab untuk dua bulan...so masa timbang memang 5kg. Dia gained 1.5kg dalam sebulan!Sebab kami dari rumah ibu...tertinggal pula buku dia kat rumah..huhu! So Dr. Marina reminded us not to forget the book in the future! Record book sgt penting untuk kami dan dia..hehe!
Apapun, Dr. Marina kata berat dia cantik! Saya beritahu Dr yang dia selalu muntah bila menyusu dan pernah sekali keluar dari hidung! Tapi Dr. kata jangan bimbang sangat sbb berat dia meningkat dan dia explain graphically tadi kenapa Hasya boleh muntah!Saya juga suruh check if Hasya ada kahak sebab bila menyusu mcm susah nak telan! Doktor explain itu cuma di tekak, tidak langsung menggangu saluran pernafasan so tak perlu bimbang sangat!
Tadi tiba2 dia tanya siapa jaga Hasya? Saya cakap next month nak hantar pengasuh..so dia suruh saya ingatkan pengasuh sebab Hasya selalu muntah, perlu sentiasa ada pengawasan semasa menyusu dan disendawakan selepas menyusu! Sebenarnya semua bayi kecil perlu diawasi bila menyusu, bila dia kerap muntah, perlu diberi lebih perhatian lagi!Dia juga ingatkan saya supaya tidak meniarapkan baby sebab kepala tak kuat lagi, bimbang baby tersembam dan tersedut muntahnya kembali! Posisi yang paling selamat bila menyusu botol ialah posisi menyusu badan!**saya mmg dah bincang dgn ubi nak ingatkan makcik sebab banyak sgt kes tersedak susu akhir2 ini! Saya sangat paranoid**
Anyhow, Pneumoccocal vaccine pun saya belum ambil untuk Hasya, tadi Dr dah brief pula another optional vaccine - rotavirus vaccine! This is the recent issue and last week ada keluar 2pages pasal virus ni kat suratkhabar. Dia cakap, virus ni mampu hidup beberapa jam di udara sebelum mati..hatta atas meja kering sekalipun..so dia sangat mudah dijangkiti e.g kita letak tgn atas meja kering(kita assume kering dan tiada apa2) kemudian kita pegang makanan dan suap anak kita...dah berjangkit!
*lebih kurang mcm tu lah explanation dia*
Tak sempat nak pergi sana sini survey, dah naik kerja! Time ada masa, tak boleh nak tinggalkan budak2 ni pula...
ps: betapa masa mencemburui kita..arghhh! Semua tak sempat...apapun semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T terutama masa kita keluar berkerja! Amin..

Since hannan pernah warded sbb rotavius masa dia 11 bln, adik2 dia aku bg siap2. Xmcm pneumoccocal,vaccine ni bg ikut mulut..bkn jap. Teruk bila kena rotavirus..bby sampai lembik, sampai ber*k kuar darah.
ReplyDelete