Semalam saya berkesempatan mendengar sama khutbah Jumaat live sebab saya hantar Ubi berjumaat di Masjid Wilayah. Walau rumah ibu dekat saja, sebab tak nak mengharungi sesak yang berkali2 saya decided untuk tunggu berhampiran kawasan masjid saja instead of driving back and forth. Walau niat dihati ingin turut serta solat tapi sebab tiada parking, saya sekadar menunggu disekitar kawasan masjid. Jadi, khutbah sangat jelas kedengaran.
Setiap tahun, tiba saja Februari saya perhatikan dewasa ini, banyak peringatan dari pelbagai pihak agar umat Islam terutamanya golongan muda tidak meraikan dan menyambut Hari Valentine a.k.a. Hari Kekasih ini. Ini sangat bagus atas sebab2 manusia mudah lupa. Masa dibangku sekolah, saya yang bersekolah di Methodist Girls School dulu tidak terlepas meraikan hari yang kononnya istimewa ini...**bukan untuk kekasih lah sebab sekolah perempuan kan...** tapi yang saya ingat pasti akan ada kelas2 atau persatuan yang buat projek kelas..menyediakan khidmat menghantar bunga, cookies, apple, coklat yang dibalut cantik berserta kad ucapan! Yang selalunya menerima ialah kakak2 senior dari adik2 junior...**maklumlah..budak2 baru nak naik suka nak baik2 dengan senior sekolah..maksud tersiratnya agar senang cikgu dan orang sekeliling kenal pastu jadi popular dan boleh melobi jawatan2 penting dalam persatuan dan rumah sukan bila kakak2 senior tinggalkan sekolah...arghhh politik dimana2...sedar tak sedar, politik sudah ada dalam diri kita sejak di bangku sekolah** :p
Apapun, berbalik kepada tujuan asal entry ini..sekadar berkongsi peringatan dan seruan mimbar untuk tidak meraikan Hari Valentine yang jelas memesongkan akidah. Mimbar memulakan khutbah dengan Surah Al-Kafirun (Ayat 1-6) yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
Menurut Mimbar, Maksud Valentine tu sendiri "yang berkuasa, kuat" dalam bahasa Latin(tak silap saya sebab masa ni ada few motor "vroooom" dekat saya..tak dengar kejap) boleh menyekutukan Allah. Dan bila seseorang cakap "be my Valentine..indirectly, dia mengaku ada yang lebih kuasa dari Allah"..wallahualam
Menurut Mimbar lagi, menzahirkan kasih sayang perlu ada batasan antara 2 manusia berlainan jantina. Dalam Islam, menzahirkan kasih sayang bukan sekadar lafaz janji manis pada 14 Februari setiap tahun tetapi haruslah disusuli dengan ikatan yang sah yakni pernikahan.
Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine ini tidak pernah dianjurkan Islam. Hari Valentine ini menjadi amalan ritual agama Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.
Semoga kita terus ingat-mengingati antara satu sama lain terutama anak2 kita yang bakal remaja agar tidak tersilap langkah meraikan hari kekasih ini...
Dan sekadar mengingati juga buat mereka yang bersolat Jumaat...bahawa Khutbah JUMAAT ini syarat sah solat Jumaat ye..WAJIB didengari! Sebab semalam habis khutbah tu, saya lihat masih ada yang baru turun dari kereta meluru masuk masjid. Yang masih berniaga...tak payah cakaplah...
Firman Allah SWT ;
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat padahari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"
ayat 9 : Surah al-Jumaat
"Dari Ibnu Umar RA meriyatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri" Hadis riwayat Muslim
p/s: Setiap hari adalah hari berkasih sayang bagi kami...tapi February lebih2 lagi... :) tapi bukan sebab hari Valentine daaaa.....
No comments:
Post a Comment