Pages

Thursday, February 16, 2012

Day 2 (BGRC, Kuantan)

Aktiviti Hari Ke-2 di BGRC dimulakan dengan breakfast! Kami berdua makan free sebab sekali dengan penginapan. So tambah satu jer untuk mak! Berbaloi juga bayar untuk mak RM 23.00 sebab ada banyak pilihan makanan. Ada nasi lemak dan condiments, nasi goreng, rendang ayam, baked beans, bihun goreng, station untuk bubur ayam, station untuk mee sup, telur separuh masak, daging goreng,roti canai dan roti jala (ditebar dan dijala depan customer ) syok makan panas2...pastry, buah2an dan roti2 yang pelbagai jenis..makanan semua ok..sedap dan ada rasa kecuali bihun goreng..keras sikit!

Mak tuk yang raaajin melayan Zafri!Bersepah giler Zafri makan...*kat lantai*

Saya ambil gambar ubi....

Ubi ambil gambar saya....senyumlahhhh..sebab kenyang!

Kemudian diteruskan dengan aktiviti lepak kat kolam..nak bagi Zafri basah2 dan hilang hydrophobia tuh! More photos of Zafri kat entry ni Zafri takut air dan berani sikit lepas jumpa aweks dan bola...ish ish ish

Gambar papa and Hasya!Hasya yang asyik nak tidur je sbb kekenyangan sentiasa :)

Zafri shower jap sebelum naik bilik...

Dah naik dari kolam..siap2 mandi kan Zafri dan berkemas..nak check out pukul 12.00! Haaa..Time ni baru ingat nak ambil gambar suite! hahah..so bilik sgtlah bersepah! Anyhow, ada small pantry!

TV dan ruang santai..bersepahlah sebab nak balik... :) Katil tu kalau nak tgk, gi lah official website dia dan tengok studio suite...heheh

Dah siap check out sebelum gerak balik, kami jalan2 kat kawasan sekitar. Malam2 dekat Carribean Suite ni ada fun fair tapi saya malas nak ambil gambar dekat2 situ waktu ni. Nanti Zafri nak ikut dan nak naik walau benda tu tak bergerak siang! Kang tak nak turun...nayaaa jer satu resort ni kena dengar jeritan dia! Malam2 pun ada servis naik kereta kuda..RM 20 ringgit per trip..tapi sebab kawasan dia kecil(banyak construction going on)..so pada saya buat masa ni tak berbaloi sangat!

So time jalan2 sekitar jumpa motor ni!

Dia sibuk nak naik motor ni..acu katanya! *pak su dia ada motor*. Sementara tunggu tram nak jalan..bergaya kejap atas motor!

Mak Tuk, Zafri, Ubi and Hasya..tram tengah bergerak ke waterpark

Hero kecilku yang suka tram ni...tram ni di tarik oleh jentolak kecil dan akan membawa kita ke waterpark yang dalam beberapa ratus meter je dari hotel...RM 1 sehala! so 3 orang dewasa, pergi balik = RM 6.00

Haaa..i am no.1!!itulah cara dia peace :) tak tahu mana dia belajar..Kami naik tram untuk jalan2 kejap sebelum pulang dan bergambar depan batu ni!Apa jua keadaannya..Hasya Qairina tidur sebab kekenyangan!

kredit to mak tok yang amik gambar ni! dia asyik cakap tak erti nak guna kamera canggih..tu mulut saya herot berot tengah ajar dia..hehe! Kami sekeluarga sebelum berangkat pulang:)

Perjalanan pulang hari tu saya yang volunteer untuk drive! Ubi memang akan senyum dan OK je kalau saya drive..dia suka..saya laaagi suka! Apapun sebelum sampai ke destinasi..kami singgah sebentar makan tengahari di R&R Temerloh!

Inilah suasananya! Ramai orang kan? Majoriti nya makan ikan patin masak tempoyak! Ikan patin ada few types yang saya nampak antaranya patin buah dan patin sangkar! Patin sangkar lebih murah!Saya juga yang makan kuih dan mee je sebab tak makan tempoyak!Yerla...kalau tak makan durian..camner nak makan kuah tempoyak tu..kan? Nasib baik..Ubi pun tak makan durian..

TAPI.....

jgn tak tahu...dia makan tempoyak...ada pula pantang sekerat!kan?? Haaa...syokkan org tu habiskan ikan patin masak tempoyak! Senyum simpul kekenyangan..mau tak nya..RM 12.00 untuk ekor patin buah tu...jer!ish ish ish!Anyway..jersey inilah souvenir yg saya beli untuk Ubi kat Aussie..jersey Rugby team Australia! AUD 80.00..sehelai! Darab RM3.26..huhuh..pd saya sangat mahal untuk sehelai baju..tapi saya puas hati sebab dah lamaaaa cari sejak 2007 sebelum kahwin..haa 2011 lepas kahwin baru jumpa..Kegembiraan dia...kegembiraan saya juga!

Perjalanan kami teruskan selepas tu!Memang thrill memandu turun Lebuhraya Karak! Terubat gian nak memandu...heheh :)Kami sampai Gombak hampir pukul 5.00!Lepas je tol Gombak, kami bergegas ke Wangsa Maju hantar mak tuk dan seterusnya ke rumah Wan Zafri nak melawat Onyang yang tenat!`

1 comment:

  1. Itu bukan peace la mama...tapi 1 Malaysia..hahaha

    Susahnya nk tgk baby buka mata..haishhh..

    ReplyDelete