Pages

Thursday, February 09, 2012

Onyang Zafri n Hasya...Al Fatihah

Sebenarnya cuti panjang few days hari tu, we went somewhere(kengkonon nak berjimba lepas abis pantang)..*ada masa nanti baru update ye!*So hari nak balik which is on February 7, 2011 dalam zohor my MIL call ubi beritahu atuk which is onyang zafri and hasya macam dah teruk...dah tak nak bercakap, makan atau minum!Masa saya melawat dua pupu zafri n hasya few weeks ago, atuk yang duduk umah pak lang*adik ibu sebelah rumah*memang terbaring tapi masih boleh bercakap dan makan..*Umur atuk dah hampir 80tahun tak silap* dan dia pun dah ingat2 lupa sejak kami berkahwin 2009.So both of us decided nak pergi rumah ibu lepas sampai KL nanti. Ibu cakap lepas maghrib ada solat hajat dan bacaan Yassin untuk atuk...lepas selesai, kami balik rumah macam biasa..keletihan especially saya yang drive masa balik.

Pagi semalam, Februari 8, Ubi bersiap ketempat kerja macam biasa. Dah settle dia pergi kerja, saya mengeroh semula :) zzzzzzzzzzzzz maklumlah masih bercuti...sampai Ubi call tiba2 pukul 7.50am. Pelik kalau dia tiba2 call, tapi entah mcm mana saya boleh agak tujuan dia call! Benar, atuk telah kembali kerahmatullah beberapa minit sebelum dia telefon saya..."innalillahi wainnalillahi rajiun"..dia beritahu dia dalam train on the way balik ke rumah dan suruh saya siapkan beg dan anak2 sebab mayat arwah akan dikebumikan di kampung ubi which is at Kuala Linggi, Melaka. Perjalanan lebih kurang 2 jam, kami sampai hampir Zohor dan selesai sahaja solat Zohor, mayat yang telah siap dimandikan dan dikapankan dari KL selamat dikebumikan. Alhamdulillah,semua berjalan lancar. Cuaca di kampung sangat terik semalam!

Kami sampai rumah pukul 12.00am mlm tadi..terus tidur keletihan..

Gambar arwah atuk/onyang zafri n hasya masa akikah zafri *June 2010* Zafri sebulan masa ni. Gambar kaum keluarga sebelah ibu/my MIL. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. amin...

2 comments: