Tapi tidak lagi bila yang dinanti itu tiba jua...hehe
Dekat seminggu dah saya tunggu produk ni tiba sebenarnya sbb bila dah order, kena tggu stock. By the time stock dtg kat kedai, dah hari Jumaat..Sabtu minggu pertama pos tak jalan..hurmm! Akhirnya produk itu---> Jeli Gamat Luxor tiba juga!
Anyhow, saya beli jeli gamat ni dari seorang kakak senior masa study kat Uitm Segamat dulu. Dia ada business saloon n spa kat Pahang dan menjual hampir semua brand produk set bersalin, produk2 kecantikan dan kesihatan. Beli pun sbb 3 orang beritahu saya jeli gamat Luxor ni baik untuk menyembuhkan luka jahitan dalaman dan orang itu termasuklah Gynae saya dan kakak senior saya tu. Dia pun berpengalaman melahirkan melalui C-Sect..so bila bgtahu B hari tu, dia terus nak beli kat kedai2 ubat...tapi bila survey online dan check harga...beli melalui online jauh lebih murah dari harga2 di kedai..*murah through online kalau yg menjual tu tak caj harga pos* Price range online sekotak jeli gamat ni dlm RM49-RM54..bila tanya senior saya..dia kata bleh diskaun up to RM45 sekotak utk saya. Dia nasihatkan saya minum 2 kotak...*pastu dia tak caj pos plak tu* haaaa murah sgtlah...kan? So saya order je 2 kotak.
Tadi saya seriau je nak minum takut tak sedap..tapi bila cium takder bau..dan bila rasa sikit sebelum minum td ada masin2..bila check ingredients rupanya ada potassium sorbate!sbb tu lah masin sikit kut... :) produk ni buatan Malaysia dan Halal!
Cara minum - kena mix dgn juice atau air suam..sbb saya dlm pantang lagi...maka "pantang gak" nak minum juice sejuk2 dlm peti tu..saya campur dgn air suam je tadi...rasa cam minum air mineral..so nak kena habiskan lah dua kotak ni ye...
Aritu kakak tu bgtahu..kalau nak cepat baik dan luka dalam tu cantik..telan anak ikan haruan hidup2...amalkan setiap hari...huh? saya terus ckp takpelah..saya telan yg dah mati dalam sup aje ataupun patinya! Dia kata pati ikan tu hanyir sikit, mesti tak lalu! Sebenarnya husband dia *menghidapi barah* baru2 ni went through operation dan in two weeks time tak silap, husband dia telan anak ikan haruan hidup2 dan bila appointment dgn doktor, doktor masukkan kamera utk check luka dalam..doktor puji luka tu sembuh cepat dan cantik!so dia pun share la tips tu dgn saya..mana pula nak cari anak ikan hidup2 kan..sini KL bukan Pahang! haisshhh xpelah..saya ikhtiar satu2....
p/s: Ini ikhtiar saya je untuk menyembuhkan luka..tapi kita jgn la lupa..kalau mujarab produk ni..mungkin kebetulan sbb yg Maha menyembuhkan sesuatu itu Allah SWT ...mudah2an...amin!
No comments:
Post a Comment