Pages

Friday, January 20, 2012

20.01.2012 - Sepurnama Sudah

Alhamdulillah! Hasya Qairina sudah sebulan hari ini. Best sebab Ubi cuti teman saya bawa Hasya cucuk sekaligus cuti weekend dia yang panjang bermula hari ini. Saya tak payah cakaplah..langgar semua PH yang ada dalam January and February ni…so tak rasa apa-apa. Cuma tumpang gembira untuk Ubi jer! Nasib February nanti ada cuti Hari Wilayah juga di samping cuti Maulud Nabi dan Thaipussam..

Anyhow, Hasya membesar bagai juara :) syukur! Berat masa lahir 2.45kg dan hari ini cukup sebulan..dia sudah 3.5kg! Tadi Dr. Marina explained tentang jadual suntikan Hasya dan explained juga tentang suntikan yang optional which one of it is PNEUMOCOCCAL VACCINE! Sangat pasti yang ramai ibu2 tahu tentang vaksin ni.. untuk mencegah lung infection, middle ear infection, blood infection dan brain infection (so called meningitis) which can also infect the entire nervous system. Memang berat kan bunyinya! Tapi kos vaksin ni pun berat juga…

Saya tahu tentang vaksin ini sebab masa mengandung Zafri dulu dan selepas melahirkan..saya rajin juga membaca dan Google for a lot of info..so spontan terpacul dari mulut saya tadi…”oh vaksin yang sangat mahal tu yer Doktor?” Terkedu Doktor tu sekejap pandang saya…dan dia senyum..sambil jawab…”betul, suntikan vaksin yang paling mahal dan ur baby perlukan total of 4 injections to complete the entire course. Zafri sampai la ni tak ambil lagi :( silap kitorg la..asyik terlupa jer…dan anak itu dah nak 2tahun dah. Tapi kalau tak silap, saya pernah baca juga selagi dia below 24months, Doktor masih recommend untuk suntikan vaksin ini..Cuma jumlah injection tu jadi kurang..*kena dapatkan more info untuk ini*

Back to Hasya, Doktor Marina suruh check sama ada company uBi cover kos untuk vaksin ni sebab dia cakap few of staffs dari company uBi ada ambil jab ni kat PMC. Jadi dia nasihatkan ambil vaksin ini untuk Hasya jika company uBi cover kosnya…Saya lupa tanya dia berapa PMC charge untuk vaksin ni. Tapi price range dia kalau tak silap tahun 2010 yang saya baca dari RM200 – RM300 per vaksin, harga berbeza mengikut klinik dan hospital swasta dan tak tahulah pula kalau dah increased lagi kan. Saya pun tak pasti jika hospital kerajaan ada menyediakan vaksin ini..tapi rasanya ada! Hatta company cover sekali pun, saya masih perlu buat survey dan wajib pergi ke tempat yang paling murah sebab setiap tahun, company UBi beri peruntukan perbelanjaan perubatan dan kesihatan untuk seisi keluarga dalam RM3K++ setahun! Kalau mereka cover dan kos vaksin ni dimasukkan kedalam peruntukan yang RM3K++ ni..payah juga sebab sekarang ni anak dah dua..saya forsee appointment ke klinik untuk batuk, selsema dan demam tu akan jadi lebih kerap! *bukanlah saya meminta, sekadar bersedia untuk hari esok!

Ubi cakap nak check dengan HR dia nanti. Kalau tak cover pun, saya memang plan nak ambil untuk Hasya dan Zafri..Cuma Zafri tu saya kena check for more info. Memang kos perubatan mahal…tapi bila difikir2kan dengan lebih mendalam…lebih baik mencegah sebab kos mengubati lagi la amat mahal…..

Gambar Hasya Qairina yang sepurnama hari ini…Moga dia sihat selalu. Amin!

Ni Hasya masa 11 hari..kat bawah ni gambar hari ni...hurmm pipi dah tembun kan? Apalah..doktor berkenan baju dia ni tadi..kelakar pun ada!

1 comment:

  1. Hi baby...hehe
    Sebijik muka abg dia :)

    Btw, aku baru amik 2nd dose untuk auni ahad ari tu. Kt UMRA Rm1++..(lupa nk tanya haris berapa exact cost dia..tp masa 1st dose dulu mmg RM1++)
    Biar kita spend lebih sikit tkpe kan..utk kebaikan diorg juga.

    ReplyDelete