Semalam Ubi cuti sebab nak bawa Hasya pergi klinik check jaundice.Plan asal nak bawa check dekat klinik panel yg ada kat Klang, tapi tiba2 saya teringat klinik kesihatan kat Pandamaran. Dulu lepas bersalin, saya selalu bawa Zafri check jaundice kat klinik Pandamaran ni sbb Zafri dgn bangganya ada buku merah..*masa mengandung dia saya ada bnyk cuti,jadi saya check up kat klinik kerajaan n swasta walau melahirkan dia di swasta* Yang best tang klinik kesihatan kerajaan ni, selain PERCUMA *walaupun kita bukan melahirkan di hospital kerajaan* klinik ada kemudahan makmal where we can get immediate result..tapi Q untuk dapatkan angka giliran sebelum jumpa Doktor lazimnya panjang! *simply means you have to wait longerrrrr before ur turn*
Sesetengah klinik swasta yang saya observed tiada kemudahan makmal, so selalunya klinik swasta kena hantar sample darah ke panel makmal luar dan hanya boleh update result keesokan harinya! Saya beriya2 nak pastikan Hasya dah OK dari jaundice ni sbb saya nak start mkn jamu dan seangkatan dengannya!Badan sgt sakit..ditambah pula dek berjaga mlm...banyak angin masuk! Tulang belakang lagi lah sakit...*tak taulah kalau ni kesan bius*...isk isk isk. Ada member2 saya suruh start je jamu tapi ampuhkan brea*t bila minum atau telan jamu so jamu tak masuk dalam laluan susu...don't know how true and how to do it...but i just dont want to take any risk...even Gynae saya ckp tunggu 2 weeks sblm mula jamu sbb baby kuning......saya baca2 kat internet termasuk la page2 jamu popular yg ckp amalkan pengambilan jamu selepas 2-3 minggu jika bersalin secara C-Sect. haaa....so kita ikutlah nasihat mereka yg bertauliah ye...
By the way..kelahiran Hasya ni saya tak laporkan pun kat klinik kesihatan terdekat di Teluk Pulai ni bila sampai hari tu..Sebenarnya elok kalau laporkan kelahiran ni walaupun kita melahirkan di Hospital Swasta...sbb nurse kat klinik kesihatan tu akan bermurah hati berulang alik ke rumah seminggu tu untuk monitor keadaan ibu dan bayi..*salah satu tugas mereka sebenarnya* mereka akan check luka jahitan sama ada normal delivery atau C-sect..dan kat sinilah baru dia akan nasihatkan perlu atau tidak bawa bayi untuk check up susulan for jaudice!..*oopsss* saya ada malas sikit sbb saya balik umah mak pun lewat seminggu aritu! Sampai pun dah malam...so saya tak laporkan pun!
So saya mmg jangka nurse kat klinik ni akan minta buku merah n tanya2 banyak termasuklah sudah atau belum melaporkan kelahiran...*tips bila berhadapan dgn situasi mcm ni---> act innocent n blur* :-) Saya smpi klinik 11.45am, ambil no.giliran tunggu 20 minit sblm kena panggil...bila dia tanya2 saya jawab semua soalan nurse dan saya cakap tak tahu procedurenya....tihihihi...so nak tak nak..dia tetap kena tolong saya yg *blur* ni...so akhirnya Hasya dapat ambil darah dan berjumpa Doktor! Bila B bawa result tu saya tgk 225mmol...*jgn tak tau..kat klinik kerajaan..semua kena buat sendiri..so terkejut mak tgk result tu sbb sgtlah tinggi..*tak silap saya jaundice kena bawah 220mmol, kalau lebih dah kena tahan duk bwh lampu...1st reading masa buat kat PMC tu pun around 195-200mmol jer which PMC kata borderline!2nd time check lagi kat PMC Doktor kata dah reduced...tak payah dtg ambil darah lagi...ni increased pulak ke 225mmol...mak aihhh...! Terus saya "serang" Doktor dengan few pertanyaan...Doktor plak duk kira2 something and tanya saya bnyk soalan2 tentang kelahiran Hasya!Dlm cuak ni datang pula pembantu makmal cakap salah buat test n tadi mesin ada masalah sikit and trying hard to explain dkt saya dan doktor..*aiyohhhh..nak kutuk dah ni tapi mengenangkan free dan human make mistakes...saya pun akur ikut pembantu makmal tu buat test semula...doktor pun trying hard to explain condition machine diorg tuh kat saya*whatever la doktor*
Last2 readingnya 110mmol dan doktor cakap tak payah dtg semula...yg saya rasa nak gelak tu dia bleh tambah lagi.."kalau u tgk dia pun sebenarnya dah OK..takde kuning" *dlm hati...yerlah tu...abis yg dia duk sibuk mengira n tnya2 bnyk tadi bila dot result tinggi tu apahal..?*Hakikatnya saya bukan doktor dan saya tak suka ambil risiko dan assume je bila ini melibatkan kesihatan anak saya...Kat rumah,walau tak jemur..saya rawat Hasya mcm Zafri dulu...saya guna lampu study dan letak dia bawah lampu 24jam...termasuk mlm hari...nak jemur la ni cuaca tak elok!
So lega bila tahu kuning Hasya dah semakin hilang...bermakna saya boleh lah start jamu2, dan yg paling penting gamat/pati ikan haruan utk merawat luka dalaman *lalu ke tak..kenalah cuba juga*...Isnin nanti produk2 yg saya order online dgn member yg ada business saloon kat Pahang akan sampai. *terlupa plak nak bawa JMD kat umah yg dibeli 10bln lalu tapi tak sempat lagi mkn sbb dah peknen Hasya..harap2 tak expired la ye*saya tak beli pun set2 bersalin tu sbb mahal la..lgpun bengkung, tungku semua dah ada..*tp tak boleh guna lagi* bedak2 sejuk, pilis, param pun semua dah ada...so saya rasa lagi berbaloi beli single produk n habiskan apa yg ada...
nah letak gambar Hasya yang di ambil 2-3 hari lalu...asyik tidur je siang..mlm berjaga! Siang tu saya siap kena kejut dia bgn setiap 2jam menyusu! Mlm dia boleh jaga pula sejam..tidur sejam dan rutin tu sampai subuh! *Geram..tp sayalah yg kena adjust jadual tidur dia*
Syukur la x kena masuk ward..harap2 xlama lg hilang la kuning tu.
ReplyDeleteSuka gambar no 2 tu...pandai dia pandang kamera :)