Pages

Showing posts with label Ubi. Show all posts
Showing posts with label Ubi. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

One Thing Missing...

WAS YOU!!

Semalam dan hari ni majlis nikah dan resepsi adik perempuan Ubi...walau semua sedih dan sedia maklum ubi warded...majlis terpaksa diteruskan...sekeping dua gambar..buat tatapan...

You should be standing right behind me and next to ibu. holding either Hasya or Zafri...apakan daya :(

The Familia.....

Photographer ni kwn2 ubi...jenuh saya menipu bagi pihak dia...mmg kwn2 dia pun pelik dia boleh takde di hari penting adik dia...saya ckp outstation je..tapi sorang tu mcm tak caya je..asyik tanya bila dia balik..apalah yg mampu saya buat bila dia sikit pun tak izinkan saya bercerita yang dia warded kat hospital...saya memang terpaksa menipu...

Atas permintaan photographer...gambar ni kami tiga beranak...walau patutnya berempat sob...sob

em missing you....really....and ur kids misses you just as much as i do...

Aku tak biasa... bila tiada kau di sisiku.. Aku tak biasa... bila ku tak mendengar suaramu.. Aku tak biasa... bila tak memeluk dirimu.. Aku tak biasa... bila ku tidur tanpa belaianmu.. Aku tak biasa.. Aku tak biasa... :'(

Saturday, March 10, 2012

Sayang OK?

B ok..kalau sayang ok...

Mcm tulah dia ckp bila saya borak2 dgn dia...dia minta saya jgn menangis..

Insya Allah, Saya OK walau airmata berdedai juga setiap kali driving balik dan pergi hospital... sejak seminggu lalu :')

Saya simpati dengan dia...kalaulah saya tahu! Hakikatnya perkara telah berlaku dan bak kata saya pada dia masa mencari2 semula semangat dia...hidup harus diteruskan demi anak-anak yg masih kecil..kita selesaikan satu persatu..tapi hati kecil,Allah saja yg tahu betapa saya kadang2 goyah..tapi keyakinan saya terhadap...bahawa Allah Maha Mengetahui setiap kesanggupan hamba2Nya...lah yang membawa saya ke alam realiti semula dan syukur,mudah saya melalui hari2 dia di wad sejak seminggu lalu...

B, Insya Allah..dengan izin Allah,kita mampu menghadapi dan melalui hari2 kita didunia ini..

Betapa setiap sesuatu yang kita miliki ini termasuk kesihatan adalah milik yg Maha Pencipta..pinjaman semata2...

Apapun...saya lega kerana pegangan uBi tidak sikit pun goyang,malah makin kukuh teguh dan redha dengan ketentuanNya...semua sudah tertulis! Saya redha...dia juga redha..

Ya Allah,biarkan kasih sayang antara kami terus subur,tersimpul kemas dan berkekalan sehingga akhir hayat kami...moga berterusan sehingga ke Syurga Firdaus....Amin

**mode-sayu amat..**

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 06, 2012

My Better Half...again!

He was admitted to the hospital last night... :'( my heart aches..hurt terribly seeing him like this yesterday and yet i have to work today!!

His fever was high that the nurses requested him to shower immediately last night, right after he was admitted to cool down the fever....

Menitik air mata tgk nurse amik darah dia banyak2 semalam nak buat test itu dan ini...*mmg seram dgn jarum,syringe yg bapak besar dan darah..* Berderai2 pula airmata pagi ni bila Zafri bangun terus tanya.."papa ner?" And walked around the whole house shouting for..."papa..papa...papa ner?papa tak de.." sambil geleng kepala..ibu pun nangis...there is no love like mother's love kan...semuanya cenggeng!

Cepatlah berlalu wahai waktu...dahlah meeting pula ptg ni...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

Meet Ubi's Family...

Tak pernah buat entry pasal family Ubi lagi...
So kebetulan last week, Feb 17-18,2012 ada kenduri kahwin cousin dia, saya berkesempatan click2 come photos of the family members during the event. Ini ialah kenduri pertama cucu arwah atuk yg perempuan,(anak mak teh).Sebelum2 ni kenduri Ubi dan angah(anak2 my MIL),aypul(anak pak lang) dan azri(anak pak uda) yang kesemuanya lelaki!Apapun..jom layan gambar2 yang ada :)

Meet my father in law..Muhammad Ramlan Bin Muhammad Badzin. Ayah jarang bersuara tapi bila layan berborak...best juga!Masih berkhidmat dengan kerajaan dan bakal bersara lagi 2-3tahun kut!

Ini ibu mertuaku...hehe Patimah Haji Mahat..nama timangan yg Zafri panggil...Wan Pat..hahaha...Ibu baru bersara dalam 7-8bulan lepas..Ibu ni kelakar juga orangnya!

Adik Ubi a.k.a Pak Ngah Zafri n Hasya yang Ubi selalu gelarkan Bell Ngasri...hahah sekali pandang sebelum dia bermisai dulu ada...la ni dah hilang rupa tu!Mohd Syahaizat Muhammad Ramlan..

Biras saya...wife to Angah - Fadilah..err saya lupa nama ayah dia..isk isk isk..Dia asal Ketereh - Kelate!

Adik perempuan Ubi yang sulung..Mak Lang Zafri and Hasya..Norsyahirah Muhammad Ramlan. K.Lang bakal menikah juga March 9,2012 ni..haaa bakal pengantin baru! Pung bakal jadi milik org Ketereh, Kelate!**dah terbayang2 nak pi menghantaq rombongan ni... **jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh(nyanyi cam lagu Zainal Abidin tuh)

Ni saya panggil budak selempang....serious ni...budak DL every sem!! Punyalah bijak mengira..tak yah calculator and yet low profile orangnya ;p Mak Usu Zafri dan Hasya yang juga bercintan-cintun dengan orang Kelate...huhuhuhuhuh...saya jer org KL...tapi saya belum selidik nama kampung are-be dia tuh! Kesayangan ayah ni...Norsyafin Muhammad Ramlan!

Anyhow, pengantin yang diraikan pada hari itu ialah Hamizah Haji Jamaluddin dan Edwardi Evandi!Ada sikit2 gambar kat bawah ni...

sah sekali lafaz...

wahhhhh..legaaa! Senyum nampak gigi!!Wajib tuh... ;p

Dia turut germbira....

Haaa...saat ku idamkan...*kata hati diorg lah*..kut :)

daaannnn yang tersenyum lebih....

Pengantin lama....*terkenang kembali lah tu* 3tahun sudah berlalu...Februari muncul kembali..dengan kehangatan semalam....

Saya pung tersenyum juga....dengan anak teruna saya yang asyik nak smackdown budak2 yg baya dia..err cara dia socialize tu mmg hancuss...perlu saya baiki :) Selesai majlis nikah...majlis resepsi keesokan harinya, pengantin mengenakan pakaian warna biru air. Ada banyak gambar tapi saya letak sekeping jer la...jadilah ye! :) potong kek... Lauk kenduri ni lain sikit...nasi ayam untuk tetamu - lengkap dengan salad,timun,tomato,kuah lada,kuah kicap dan sup ayam! Good idea kan..tak lama lagi jadi trend... Ni pun dah makin jadi trend kat kenduri kahwin...kambing golek siap dengan sos blackpaper dan mayonaise! Kambing yg tumbang pada hari itu ada 5 ekor kut...ni yg habis dulu...biasalah..org Malaysia...letak sepuluh jenis lauk...semua dia bedal amik...banyak2 plak tu...habis belum tentu...hurrmmmm

Dessert - Bubur Kacang

another dessert - Cendol, kuih tako,karipap,koci dan tapai..dan...

ada Laksa Utara! Selain air cordial, ada air teh tarik!Memang ramai yg layannnn tambah2 lagi ptg tu lepas zohor hujan selebat2nya....hahah saya juga yg tak minum teh!

p/s: pernah hadir majlis kahwin kat Seremban few years back..mmg creative! Dia jemput beberapa peniaga2 pasar malam e.g yg jual Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Laksa, Mihun Sup dan soto, Air pelbagai jenis,Kambing golek, Ayam percik n Sate buka gerai depan umah dia..dia pasang few khemah mcm biasa..so tetamu bebas pilih makanan apa dan minuman apa yg mereka nak kat gerai2 tu...FOC..memanglah kan..nama pun dtg kenduri..dasyat!!! Memang syok mkn....jumpa pula kwn2 lama....best giler layan mkn dan berborak! Berapa kos nya..dan macam mana dia kira dan bayar peniaga2 tu...tak sempat saya tanya sampai sekarang dia dah anak dua...hahahaha..

Monday, February 20, 2012

Our 3rd Anniversary..

Alhamdulillah...we have been married for 3 years!

Hari ini genap 3tahun kami bernikah :) dan dalam tempoh 3tahun ni, macam2 kenangan manis-masam-manis yang telah kami lalui. Rumahtangga kami macam orang lain jua..ada masam manisnya! Alhamdulillah..itulah yang mencantikkan lagi hubungan kami! Nama pun manusia biasa..sedangkan lidah lagi tergigit..kan?Saya tahu, tempoh 3 tahun ini mungkin sangat "muda" buat mereka yang telah berkahwin lebih lama dari kami. Apapun, hari2 yang mendatang pada saya ialah hari2 untuk kami terus mengenali diri dan memperbaiki diri masing2! Yang paling istimewa, 3tahun usia pernikahan kami ini..Allah telah menganugerahkan sepasang cahayamata buat kami! Seorang putera dan seorang puteri!Allah yang sentiasa pemurah pada kami..Thank you Allah!

Walau blog ini wujud sejak 2008 sebelum saya bernikah..tapi pada tahun 2009, blog saya terabai terus..tiada satu entry pun yang direkodkan pada tahun 2009 ni..huhu!*bz sangat kununnya*..jadi saya tak pernah berkesempatan buat entry atau share gambar perkahwinan saya kat blog!Walau org selalu kata "jangan pandang belakang", hari ini saya tetap ingin pandang ke belakang, ingin kembali ke hari yang indah itu..tiga tahun lepas dan share sikit2 gambar perkahwinan saya..Seperti kebanyakkan,inilah antara saat paling indah dalam hidup saya..

20.02.2009

Bas yang membawa rombongan Ubi ke rumah saya..adik bradik MIL saya 9 orang dan masing2 telah berkeluarga!FIL saya pula 5 beradik! Jadinya bas inilah yang membawa mereka..segala pakcik makcik Ubi dan sepupu-sepapatnya! Inilah rombongan Cik Kiah ke Teluk Pulai.. :)

Gambar ini sentiasa mengundang sebak dan dalam masa yg sama membuat saya tersenyum! Inilah antara kenangan manis dalam hidup saya..bila arwah abah nikah kan saya..dia bukan jenis orang yang berani bercakap di khalayak ramai!Ini juga pengalaman pertama arwah abah menikahkan anak dia! Dia sangat nervous mengalahkan Ubi dan Ubi cakap..nervous abah tu sampai kuat sangat genggaman dia masa nak baca ayat2 nikahkan tu!Terima Kasih Abah..

Syukur..sekali lafaz, saya sah bergelar isteri buat Mohd Parsyah Bin Muhammad Ramlan! Saya sangaaaaaaaatttttttttt bahagia..waktu ni. Perasaan tu tak tahu nak di terangkan..!Tapi saya pasti..ramai yg memahami :)

Saya bukan penggemar emas..Selain cincin tunang,gelang inilah satu2nya emas yang saya ada..justeru menjadi kesayangan saya..simbolik ikatan kasih sayang kami yang saya buka cuma bila melahirkan kedua2 putera puteri saya sebab Gynae suruh!

L.O.V.E..I will always LOVE you..Ubi!:)

21.02.2009

Dan Gambar2 perasan...kami!Photographer yg suruh.... :)Coklat tema belah saya..

22.02.2009

Dan putih tema belah ubi....

Hari ke hari, saya makin faham kenapa Allah jadikan dia untuk saya!Perjalanan kami masih jauh..dan doa saya..*biar lah saya dan Allah saja yang tahu ye* :) Thank u Allah for sending him to me...Doakan kami ye!

You complete me!*kalau2 dia terjumpa link blog ni..suatu hari nanti* :)

Google Image

p/s: dia sudah tertidur kepenatan..dek kenduri siang tadi :p

Sunday, February 19, 2012

Mission Accomplished!

Nak update sikit je...sebab tengah busy tolong mak nak kenduri akikah anak adik saya lepas zohor ni! :) Semalam pun ada kenduri kahwin cousin ubi..anyhow, kan kat entry ni saya cakap nak terjah mall cari hadiah anniversary untuk Ubi...

saya dah beli dah!! Sukaaanyaa...

Alhamdulillah..misi berjalan lancar tanpa apa2 syak dari dia walau dia tanya banyak macam polis pencen hari yang saya balik beli hadiah dia tu! Thanks to my sis in law yang tolong cover up...heheh saya terpaksa bohong sekejap kata saya teman adik keluar jumpa pakwe dia demi tak nak kantoi misi ni!..dia pelik jer adik dia nak bawa saya dating..*memanglah pelik* haha so adik cakap bukan dating...nak pass buku bank yg tertinggal masa diorg keluar...tempoh hari!

hahahha...syukur!! Nanti dah bagi esok..saya ceritalah yg sebenar...dan minta maaf... daaaa....

Thursday, February 16, 2012

Counting Days...Misi Khas..

Err...our Anniversary and Ubi's Birthday is around the corner!! Tapi saya masih belum ada apa2 hadiahhh...Honestly, walau dah habis pantang,saya tak dapat sangat nak ke sana ke mari sebab menjaga budak2 ni. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka dengan mak yang terkejar2 sebab baby adik saya tu asyik menangis...siang hari!! huhu sian sgt kat mak! Yang "bagusnya"..malam dia tak nangis...(jaaarang pula dgr dia nangis mlm2 sbb saya selalu juga berjaga malam masa pantang..dan sekarang ni pun berjaga *pkul 3.00am* cuma kesian kat mak lah...tak menang tangan selalunya. bertuah pak mak dia tidur lena memalam :) apapun,mak sgt penyabar orgnya!)

So berbalik kepada entry,sehingga ke saat ini saya masih belum ada waktu nak terjah shopping complex nak cari hadiah2 yg sesuai buat ubi..jgn ckp hadiah,satu kad pun tak terbelek lagi...!Hari2 yg lepas, kalau saya ada peluang keluar..itupun dengan dia! Tak suprise dan tak feel langsung lah kalau beli dgn dia..kan?so saya ada hari Khamis je untuk membeli which is today! Jumaat dia cuti sebab cousin dia nak menikah..Sabtu majlis resepsi,Ahad pula kenduri akikah anak buah saya...

Nak keluar umah,kena ada izin dia la pula kan!!tapi at the same time, saya tak nak lah Ubi tahu saya nak pi beli hadiah untuk dia...jadi petang tadi masa drive balik dari hotel di PJ*dia ada seminar kat situ..so saya lah driver dia*saya cakap kat dia yang saya teringin nak pi jalan2 tengok2 barang baby untuk Kak Long saya dan shopping barang2 keperluan saya sebelum naik kerja!Saya cakap "tolong lah izinkan ye"..yg dia risau nak tinggalkan budak2 tu dgn mak..Kesian kat mak nanti katanya..

Dah puas pikir..kebetulan seminar dia dua hari kat PJ - Rabu n Khamis! so saya suggested kat dia tadi bawa budak2 sekali masa hantar dia pepagi nanti..lepas hantar dia,saya balik umah Ibu..minta Ibu tolong jaga kejap!Lagipun Jumaat dah nak pergi tgk org menikah,so saya suggest juga kat dia terus tidur rumah ibu je Khamis mlm Jumaat ni!haaaa pikir punya pikir..dia ok..tapi nak kena check dgn ibu...

Tadi dah bgtahu ibu yang saya nak titipkan budak2 ni..risau gak kalau2 ibu ada kelas agama..alhamdulillah Ibu OK jerrr!!dia takder kelas agama hari khamis..Dia mmg suka cucu2 dtg..kebetulan mak usu diorg yg masih belajar kat uitm tu tgh bercuti sampai bulan 3!Cantikkkkkkkk..................

So esok MISI KHAS saya nak terjahhh mana2 mall yang ada everything...seawal yang boleh...hehhe!Mana yg senang hek?Apa nak beli ni...huhu..

P/s: one gift..two events! OK lah tuh kan...heheh Jimaaattt ;p