Minggu ni Hasya dapat pulang bermalam sebab maktab jadi tuan rumah untuk event antara MRSM. Sebab ada trial SDKA, Mama suruh dia jangan terlibat apa2 aktiviti supaya dapat PB. Last week, 16.11 patutnya 3 papers, tapi minggu tu memang aktiviti wajib maka Ustaz Lah tolak permohonan Mama bawa dia pulang. Geng SDKA Johor yg lain pun tak dapat balik. Jadinya, Mama merayu kat Ustazah sekolah agama kalau boleh pinda tarikh dia pada 21.11. Segala surat dan jadual Mama attached. Alhamdulillah GB beri kelulusan utk pinda ke 21.11.
Segala Puji bagi Allah yg Maha Memiliki hati Hamba2Nya. Walau Ustazah sudi, Mama pun faham sgt kesibukan Ustazah ni sebab dia juga mengajar darjah 6 yang ada simulasi haji, SDEA dan sebagainya…sampai 20.11 Mama belum dpt info kalau Hasya boleh ambil exam pada 21.11 😔 Mama dah redha kalau takde rezeki kakak trial ni..lagipun dia sorg je yg duduk asrama..kawan lain semua SMK.
Pukul 2.45pm 21.11 tu Ustazah called Mama tanya Hasya kat mana..boleh sampai tak dalam pukul 3.00pm? Terus Mama kata OK. Kakak terkejut tapi terus sarung uniform sarung tudung..😆 Hikmah sekolah depan umah 150m je pun. Mata dia bertakung juga panik sebab tak habis study. Mama kata takpelah, buat semampu yg boleh. Mama nak Hasya pergi trial supaya tengok format dan jenis soalan yg ditanya. Dahlah kelas tak masuk, belajar sendiri..kalau tak buat trial nanti takde langsung exposure tentang hal2 SDKA.
Jadinya pukul 3.00pm dah terpacak kami dpn sekolah.. Mama mesej Ustazah beritahu Hasya dah sampai. Ustazah suruh naik kelas dia dan Ustazah tidak mengajar anak2 darjah 6 sementara beri Hasya peluang jawab soalan exam. Balik je Hasya kata dia menjawab cepat2 juga sebab tahu dia sedang guna masa Ustazah n adik2 darjah 6. Huhuhu banyak kali Mama tanya dpt jawab ke tak..sambil pujuk hati — takpelah ini trial je!😅
Masa ni tengah bertakung airmata sebab dia kata buku bhs Arab tak dpt baca sangat 😠takpelah..pergi je cuba Mama pujuk..
Malam tu dah habis separuh paper, kena pula murajaah dan cari modal. Mama update status dia pi exam kat whatsapp tu sebab tahu Ustazah baca..Ustazah tasmik dia sgt consistent in following up.. jadi harapnya Ustazah faham kalau dia balik nanti tak dpt modal yg mcm Ustazah harapkan..sebab in between SDKA, murajaah dan hafaz muka surat baru, dia ada homework yg belum sentuh lagi ni..
Pagi ni sambung lagi baki papers..ada 4 lagi.. Semoga dipermudahkan buat kakak..mana yg Mama boleh banyu, Mama dah buat..selebihnya terpulang pada usaha kakak, doa dan tawakal kita pada Allah..
“Ya Allah..mudahkan segala urusan Hasya dalam pelajaran dan menghafaz. Cemerlangkan anak ini duniakhirat..”
“Ya Allah..Cemerlangkan Auzaie, Muaz, Raisya Amani dan Imani juga dalam pelajaran, hal2 menghafaz dan kurniakan kami kefahaman hal2 agama dan tafsir..cemerlangkan kami duniakhirat..”
Aamiin YRA





No comments:
Post a Comment