Sungguh walau syukur ku seluas alam semesta ini pun tidak akan pernah mampu menandingi besarnya rahmat dan kasih sayangMu pada hamba2Mu, si pendosa ini ya Rabb. Si pendosa ingin ke syurga 😭😭
Masa mula2 papa ajak bila dah boleh travel satu malam November tu, mama terus survey online sana sini tengok pakej. Hajat hati nak pergi dan2 tu sebab risau Covid-19 ni macam2. Tapi, cepat2 istighfar. Ini semua jemputan. Kalau Allah izinkan, jadilah walau apa jua sukarnya. To my surprise, kejap je sana sini date yang mama nak sebelum Dec 2021 penuh. Rata2 travel agent beri laluan jemaah yg sudah tertangguh dua tahun lamanya untuk ibadah ini. Nak tak nak, mama terus tanya Januari 2022. Tapi seat yang ada Januari tu semua bukan berdua dah. Kami tak nak yang ramai2 sebab risau risiko Covid ni walau jauh lebih murah.
Maka nak tak nak mama tengok Februari 2022 pula. Masa tu terdetik lagi, 4 bulan ni apa2 boleh berlaku. Tapi hati terus meronta2 nak pergi. Akhirnya Mama pilih travel agent ni sebab kedudukan hotel di Mekah yg paling dekat berbanding agent2 lain dan harga pakej yg reasonable. Yerla, mama dah tak kerja. Mengharap papa finance itu ini.. Isk.. Isk.. Masa pilih tu pun berangan kut2 la boleh nampak Mekah dari bilik. Berangan itu free. Padahal mama tahu, selalu view2 Kaabah ni mostly dari hotel kayangan sekitar Mekah.
Maka mama pilih tarikh yg ada 8hb kemudian agent kata tersilap sebab 8hb naik dr Penang ke apa ntah, so tarikh yg ada seterusnya 12hb. Lepas dah bayar deposit, berderau sebab dia kata MAS tukar tarikh pada Feb 14. Tapi tiba2 terlintas kalau pergi tarikh ni, masa anniversary dan birthday papa kita kat tanah suci. Ya Allah, kau makbulkan lah. Masa tu tak teringat dah Covid-19 apalagi nak terfikir yang kerajaan akan banned kejap umrah buat rakyat Malaysia..
Tapi benda tu betul2 terjadi Januari..dalam sedih mereka yg terlibat tu, mama lega tarikh2 yg mama nak Januari tu mmg takde dari awal. Mama dan Papa tenang2 je bila dpt news tu sebab travel agent belum buat apa2 lagi utk yg February.. Memang sebulan tu, mama dan papa takde diskus pun hal2 jadi ke tak, hanya fokus persiapan as usual jasmani dan rohani, seolah2 kami akan pergi mcm biasa..Tiap2 sujud mama berdoa moga Allah izinkan. Kita merancang, Allah sebaik2 Perancang.
Masa kerajaan umumkan hanya sebulan sahaja banned, dan uplifted balik larangan umrah betul2 pada 8.2.2022 tu, tak tau nak cakap gembiranya hati macam mana sebab tarikh kami pilih tu tak affected pun. Nangis jangan cakaplah. Hari2 mama teriak. Alhamdulillah Allah Maha Baik. Kerdilnya kami.
Penerbangan mama menurut agent, ialah yg ke-dua masuk Mekah terus. Yg mana berlepas dr 8hb dan 11hb masuk Madinah dan Thaif dulu.
Maka berangkatlah kami ke Masjidil Haram pada 14.2.2022. Sebab Covid, proses check in sangat panjang dan lama di KLIA. Mama masih belum berani beritahu kawan2 masa ni sebab macam2 kisah berlaku depan mata. Ada yg MySJ merah sebab HSO order, ada yg dpt result PCR last min positive. Macam2 kisah.. Mama dapat beritahu sedikit kwn2 pun lepas tiba kat gate C26, itupun terkejar2 solat Maghrib n Isyak Jama' sebelum departed 8.20pm.
Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dari mula hingga balik.
Kerdil sungguh ketika pertama kali melihat Kaabah mu dari jendela hotel..Allahuakbar angan2 Mama jadi kenyataan..Perasaan ketika melangkah masuk rumahMu dan melihat sendiri kaabah di depan mata yang berjarak beberapa kaki sahaja tu tak terucap. I remembered feeling humbled and I lost for words ketika berdiri di dalam rumahMu dihadapan KaabahMu. Hilang dari dunia nyata. Kerdil kerana kau izinkan aku dan dia. Allahuakbar. Alhamdulillah.

Impian dan doa berpuluh tahun ini Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui. Bagai mimpi, kerap diri ini hilang dari dunia nyata.. Papa the saviour. Alhamdulillah.. Sangat fokus dan sering mengajar dan mengajar, mengingatkan itu ini..
menghayati tawaf, melafaz tasbih, tahmid takbir, doa2 sunnah, solat di Makam Ibrahim, tak kan lupa leganya beban di bahu ketika sujud di mataf yg sejuk walau mentari tegak atas kepala..air zam2 penghilang dahaga, buat cuci muka dan basah kan tudung dan tekak ketika cuaca terik terutama waktu Zohor di mataf..
Tak lupa saie antara Safaa dan Marwah kemudian bertahalul..tanda selesai umrah buat diri sendiri, mama dan papa. Mama sempat buat badal umrah untuk arwah abah juga, Sulaiman Bin Abdullah. Alhamdulillah.
Semoga Allah terima dan sampaikan pahala dan kebaikan yang ada buat kesemua org tua saya terutama abahmak dan ibuayah. Aameen.
Terima kasih Ya Rahman kerana memakbulkan doa, terima kasih untuk jemputan, terima kasih kau permudahkan dari awal hingga kami pulang.. Kau lindungi kami dari Covid-19 juga.
Ya Allah Ya Rabb, I am humbled that I lost words to described it. I can only cry..and can still cry 😭
Semoga tiap usaha dan langkah kami dari awal hingga akhir diterima menjadi pahala ibadat ya Allah..semoga ia mabrur. Aameen.
Selepas 2 tahun Covid, Feb 14 - Feb 25, 2022 adalah hadiah dan rezeki paling bermakna. Mama bersaksi bahawa tiada yg mustahil bagi Allah. Bila dia berkehendak ke atas kita dan kata jadi, jadilah ia.
HambaMu dengan rendah hati memohon agar di jemput lagi kami, keluarga kami dan sahabat2 kami untuk Haji dan Umrah Ya Allah..Ameen.
No comments:
Post a Comment