Setahun sudah berlalu..kan betul tak mungkin dapat share segala photo mcm org lain share kat travelog :p bila depa pi travel...
Seminggu jadi sebulan dua bulan dan sampai 12bulan..aritu buat sikit throwback kat sini.
Hahaha...anyway..meraikan setahun mama and Muaz pi seoul,jeju dan nami..jom buat entry...
Pengalaman mama bawa Muaz travelling without papa memang tak mudah especially dgn hakikat kami naik turun Subway..sesetengah station tu memang tak jumpa elevator atau lif..bila kita muda naik lif org2 tua Korea mengumpat sesama depa..so bila ada Muaz mrk fhm kut.Lepas tu lift depa nak tutup and naik sangaaaat slow mengambil kita slownya warga tua bergerak..gittewwww...but with the help of the team..semua station kami redah..semua tangga kami daki..Alhamdulillah..
Mama tempek gambar pakwe ni setahun dulu..
Mama and Muaz kat Namsan Tower..
Berlatarbelakangkan beribu-ribu lemon padlocks org2 bercinta..
kalau mai sini terlupa bawa padlock..ada je org yg jual kat situ..sbb kat sini setahun lalu smua kena x3 bila nak membayar..so mama tak beli pun padlock tu..padahal rate padlock tu mcm rate kita RM10 je..standard! Kali 3..mcm hilang akal kalau beli juga semata2 nak kunci cinta disini.. :p
Yer..sesejuk2 Namsan 10°c mlm tu..ada org lenaaa tiduq berjam2..tanpa gigil..Mama terpaksa buka sweater nak bg dia hangat..mama yg ketaq segala..
Yang ni pula masa jalan2 kat Myeong-dong..
Tempat ni salah satu Korea's premier shopping place...busy amat..bersepah2 pejalan kaki..masa baca page korea tourism tu, di anggarkan sejuta pejalan kaki jalan2 kat street ni sehari2..youngsters Korea yg intrend ramai kat sini..mcm2 fesyen ada..not to forget street food dan brg2 kecantikan mcm mask dan krim aloevera :) terlalu bnyk competition..kalau jln betul2 tak terus beli mask masa first time nampak boleh jumpa krim aloevera yg slightly cheaper dr kedai2 yg dekat dgn tren station..
Ni pula location pengambaran non other than the famoussss Winter Sonata..yer Nami Island!
Area ni penuh poster2 Eujin n Joonsang cuma nak ambil gambar di setiap satu location ramai org..tak pernah sunyi..nyampah nak tunggu :p
Pakwe mama dlm gambar tu is boring sbb mama kepoh click2..tak sudah! Pun sbb nami panas hari kami tiba tu..Muaz cranky..Padahal Seoul dingin masa keluar..naik subway dan ITX followed by bus, perjalanan kami ke Nami dlm 2 jam perjalanan dr Seoul..
Hahaha gambar ni sebab dia tension mama lamaaaa sangat nak click..abih minah2 belakang tu lepas sorang2 pelbagai post mulut ok..so utk elak kemarahan...snap aje..pastu gerak ke tempat lain..ni sekitar Cheonjiyeon Waterfall...
Jeju cantik sebenarnya..cuma bila kami sampai hujan sekejap2...jenis sekali turun lebat beberapa minit pastu hilang..
Sib baik ada insta..cilok2 la gambar yg dah saved kat sana letak sini...hahaha semua gambar korea rosak dek botol susu!
Nanti ada masa sambung lagi...
No comments:
Post a Comment