Pages

Wednesday, April 02, 2014

My Orkid n Pokok kari

Nak share pasal tanaman pula...2 of it...

Mak bagi batang pokok gitu je 5bulan lepas..

Me not so good in gardening..tapi bila pokok hidup means tangan kita sejuk la kut kan..pokok orkid ni main taram je letak dlm pasu..Ahad lepas nampak mcm putik2 je..Isnin,Selasa keluar rumah balik rumah dah gelap..pagi ni keluar lambat,teringat nak siram..kembang hati sbb orkid dah kembang :) tak secantik yg hari tu but I am happy..ni pokok ke dua berbunga means i am doing it right..kena belek2 selalu juga kut...so saya dah boleh identify pokok apa keluarkan bunga warna apa :)

Orkid was arwah abah's fav..*flashback* teringat hari terakhir abah kat dunia, siangnya saya beritahu arwah abah satu tempat orkid ni..famous..which is now near to my place..abah agree to go with mum..kita merancang kan..dan hari tu juga lah dia menghembus nafas terakhir pada malamnya.. dulu arwah abah rajin tanam dan jaga..Teringat dia sll ngomel..pokok abah tak berbunga :') bila berbunga kejap je dia gunting..letak dlm balang kaca.sikit air n letak atas meja makan... :) how he loves orkid...


Pokok kari menjadi...

My 2nd time lepas first yg mak bagi tu duk kuning2 gitu je sebab alih ke tanah..tak mati..tapi tak membesar..

baka pokok kari n dari Mutiara Rini,JB..pakcik bagi.dia yg letak dlm polibeg tu..pokok kari yg dia tanam depan kawasan lapang umah dia sangat tinggi siap kita boleh berteduh..besarrrr gabak..masak puluh tahun tak habis...

Jadi dia memang petik2 letak dlm polibeg bagi2 ank2 n saudara mara..

Masa dia bagi, pokok ni rendang je dalam 10cm tinggi bila dapat December lepas...pastu last month..aie pi tarik banyakkkk daun buat masak2 dgn Acha kat luar..masa tu tak perasan diorg buat kerja..tetiba masa siram tengok banyak daun gugur...sedih amat masa tu sebab ingat pokok ni akan mati..pakcik ckp akar kari sangat sensitif..bila aie tarik..pokok tu mcm dah senget..

But hikmahnya kut..pokok ni hidup lagi..

Pagi ni bangun tengok dia makin senget..probably sebab daun atas lebih berat...besar n lebar berbanding yg bawah...dan yg tumbuh atas ni saya observed ialah lepas aie petik2 daun2 tu..saya tahu sbb dia tarik daun n tinggalkan batang daun kat pokok tu...

...hihi..so tadi saya sendal dgn batu dulu sementara nak ikat dgn kayu ptg ni kalau sampai hari masih terang...dan anak2 pokok kari terus bercambah kat bawah2 tu...saya belum berani nak masuk pasu...

Memang saya harap sangat kari ni survive sebab banyak2 daun..daun kari lah yg paling saya rasa tak worth it membeli selepas daun pandan...antara pokok wajib ada untuk mengurangkan kos membeli daun..

Sekian...

No comments:

Post a Comment