Pages

Saturday, November 03, 2012

Ujian Allah bersesuaian Kesanggupan Setiap Hamba...

Betapa nyawa bisa ditarik bila2 masa..tidak kira tempat,cuaca,keadaan..Allahuakbar! Itu lafaz saya sekuat hati bila roh arwah abah sedang meninggalkan badan...saya ingat betapa saya menggigil dan menggeletar,berair mata dlm memberi bantuan...apa yg patut!

Tepat pukul 4.00 ptg, November 1,2012..saya berhadapan keadaan dan situasi itu sekali lagi...lafaz Allahuakbar yg sama,gigil yg hampir sama..cuma org itu tidak saya kenali..
:'( insaf nya...kecil,kerdil..diri ini!

Saya bercuti hari itu..betul2 selesai mengerling jam tgn di atas eskalator yg sdg bergerak naik dr Sogo ke Stesen Bandaraya..tinggal beberapa anak tangga sebelum saya sampai ke atas dgn mak..rebah seorang lelaki di hadapan kami yang saya mulanya fikir dia buta dan tersadung jatuh..berdasarkan keadaan anak mata memandang ke atas buat saya fikir begitu...saya dan mak pantas melangkah anak tangga eskalator ingin membantu bangunkan dia yg saya fikir terjatuh..juga dek krn melihat org lain yg hanya memerhati dlm terkejut...tiada yg membantu ;(

Tetapi bila saya betul2 sampai atas...saya terkejut kerana mangsa bkn buta..*tiada tongkat dan tidak mampu dibangunkan..*saya tgk kaki kiri mangsa bagai tertarik...bdn sedikit mengerengkot lantas saya seorg diri pantas cuba meluruskan bdnnya sebelum dtg seorg lelaki India muda membantu...

berbuih2 mulutnya dan hampir hilang nafasnya buat saya fikir dia sedang nazak...dgn lantai basah,kotor saya berlutut melonggarkan kemeja,kasut mangsa dan menekan sedikit dadanya...sambil menyuruh dia mengucap...dadanya masih bernafas :') tapi dia makin 'hilang'...

Lelaki India itu saya minta dia longgarkan tali pinggang dan kancing seluar mangsa..Saya hanya buat apa yg saya rasa perlu*..Saya jerit pd khalayak ramai yg brdiri utk dptkan bantuan polis bantuan star...mak dlm menggigil turut sama membantu menelefon 999 and as usual bertekak juga dgn mereka...*protokol...procedures...bla bla bla*...yg mmg mengambil masa!!!!

Hampir 5min berlalu..mangsa yg  mengulupur makin 'hilang'...setelah beberapa kali saya menjerit mana polis bantuan...kelihatan berlari beberapa polis bantuan ke tempat kejadian..sayangnya none of them can help to give first aid...*aduhhh* Saya minta mak beri telefon pd polis bantuan utk memudahkan protokol 999 ketika menerima panggilan kecemasan dari org awam!

Lucky me bersama saya tiba2 ialah seorg jururawat pelatih*mungkin* yg menyangkal ketika saya tanyakan sama ada dia seorg jururawat..dlm tenang dia meletakkan dua jari dileher sambil melihat jam dan mengira nadi mangsa..dia kemudian sama2 membantu saya utk mengeluarkan beg pack lelaki itu dan membetulkan posisi...saya minta bantuan lelaki India itu untuk memasukkan snow cap mangsa didalam mulut..bimbang dia akan kancing gigi...sekuat hati dia cuba membuka rahang mangsa..berjaya!

Dlm menggeletar saya cari telefon mangsa utk memberitahu keluarga dan mereka yg mengenali...yg lain masih memerhati..makin ramai...*mangsa masih bernafas* dan nama pertama dlm call history telefonnya ialah Murni...saya tekan dan ada jawapan lantas saya bertanyakan hubungan mereka..dia terkejut ttp menjwb hanya kwn dan saya cuba terangkan keadaan tapi sukar benar memahami bahasa Murni *mungkin org jawa*...

Jadi saya putuskan talian begitu sahaja dan dlm call history berikutnya saya lihat nombor ibu dan ayah mangsa...dpt berckp,saya lalu memberitahu ibu mangsa tentang anaknya yg jatuh di stesen star bandaraya..dan bertanya jika dia di KL...dgn tenang dia menjawan ya...terlalu tenang..

Pegawai perubatan tiba ketika saya  masih ditalian dgn ibu mangsa...kira2 10min dari mangsa mula2 rebah dan saya beritahu yg telefon anaknya akan saya serahkan pd pegawai itu kemudian dan berpesan agar ibunya terus menelefon utk mengetahui perkembangan anaknya...talian saya matikan..

Ketika pegawai perubatan bertanyakan beberapa soalan pd saya..ibunya menelefon semula dan saya menjwb..ibu bertanya keadaan mangsa dan memberitahu tidak perlu membawa mangsa ke hospital kerana yg berlaku adalah perkara normal..pelik saya! Mungkinkah dia org susah!

"Anak saya akan pulih sebentar lagi.."
"Tidak perlu ke hospital cik..dia tu sawan...memang dia ada penyakit itu sejak 9thn"...

"Ambulance sudah disini makcik..makcik terangkan kpd pegawai ye..sebentar..."

Saya berikan telefon kpd pegawai..dan pegawai terus bertanya beberapa soalan berkaitan penyakit mangsa..

Ohh sawan...mangsa at the same time makin sedar setelah hampir 15min sejak dia mula2 rebah...syukur..dia didudukkan tetapi belum mampu berbicara..dia tidak ingat apa yg berlaku..ketika polis meminta IC..dia mengeluarkan wang...saya sempat mengerling IC nya...

"Ohh...sebaya adikku yg bongsu"
dan alamatnya di Sabah..

menjawab mengapa saya sukar memahami bahasa Murni... ;)

Dia ttp dibawa ke hospital setelah selesai perbualan pegawai dgn ibu mangsa...saya dan mak meneruskan perjalanan...membeli tiket dikaunter....menuju masjid jamek kemudian ke Bangsar..

Getaran lutut saya berterusan..semangat saya hilang sedikit dek terkejut...memori nazaknya abah dua tahun lalu pantas dtg...silih berganti dgn muka mangsa ketika saya memandu pulang...menitik air mata :'(

Emak juga menangis di dlm kereta..kecewa dgn prosedur 999 kerana bertanya itu dan ini..saya fhm dia juga merindui...maka saya sabarkan dia semampu yg boleh...

Yg saya ralatkan juga..betapa kemudahan public transport kita di lengkapi pegawai yg tidak tahu langsung tentang first aid...mereka ramai tapi hanya mampu melihat ;( terfikir juga bagaimana kalau kejadian berlaku didlm coach mereka yg bergerak? Dan bagaimana jika yg berlaku itu adalah serangan jantung dan stroke?? Bagaimana caranya utk org awam memberitahu mereka ada kecemasan jika itu lrt putra yg tiada pemandu?

Saya juga tidak tahu itu tanda sawan....dan hanya memikirkan serangan jantung....

Saya perlu ambil tahu...! Saya akan ambil tahu...

Allah..terima kasih untuk peringatan ini...nyawa ku pinjaman semata :'( terima kasih kerana saya yg dipilih utk ujian ini sekali lagi..

Terima kasih kerana masih panjangkan nyawa adik itu..dia mungkin harapan dan tmpt bergantung ahli keluarga.. insaf!

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment