Lagi beberapa jam..2011 bakal melabuhkan tirainya..cepat betul masa berlalu...bagai tak percaya saya sudah selamat melahirkan hampir 11hari walau minggu ini sepatutnya tarikh sebenar melahirkn yang diberi Gynea pada awal check up...alhamdulillah!
Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya) “Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)
Memetik kata2 Dr.MAZA.."Kita hamba Tuhan di persada masa"
Doa Nabi s.a.w di bawah ini saya petik dr blog Dr.MAZA jua...
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Tahun baru pada saya sama sahaja dgn hari2 yg lain..berubahnya tahun,bererti meningkatnya umur...dan semakin dekatnya kita dengan kematian..masa yang telah berlalu tak mungkin kembali..Sedar atau tak..kita yg muslim sudah hampir sebulan berada dlm thn baru..
Saya tiada cita2 khusus di 2012 ini selain ingin memperbaiki amalan terhadap Ya Khalik..menjadi umat yg mengamalkan sunnah2 Nabi SAW dlm kehidupan sehari2an..menjadi anak yg solehah buat mak dan arwah abah,menjadi isteri penyejuk hati buat ubi,menjadi ibu mithali buat putera puteriku ;) menjadi kakak n adik yg lebih baik dan sedia membantu terhadap adik-beradik bila perlu...
Saya akan berusaha juga memperbaiki prestasi kerja seolah2 saya akan kerja disitu selamanya...dan ingin juga memperbaiki amalan yg serba serbi kurang ni...Moga Allah terus memberi hidayah buat kami dan memurahkan rezeki kami sekeluarga terutamanya ubi..
Apa jua yg tertulis untuk kami tempuh di tahun 2012 ini..saya mohon agar Allah permudahkan dan jadikan kami redha dan sentiasa dalam lindungan Nya...amin!
Selamat Tahun Baru masihi kawan2..moga esok menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam...amin!

No comments:
Post a Comment